Ahad lepas gua ikut serta rombongan urusan orang bernikah kat Bagan Pinang, Port Dicksons. Bukan sapa-sapa pun, kawan baik geng-geng pangkin ni juga.
Lebih kepada nak berjalan sebenarnya. Secara sampingannya nak cuci mata usha makwe PD. Tapi makwe tak banyak pulak lalu lalang seperti majlis orang kahwin yang lain. Kekurangan makwe barang kali PD ni.
Lepas aktiviti makan, bergambar, isap rokok, pung pang pung pang, bergambar, minum air secawan, pung pang pung pang, bergambar, isap rokok, pung pang pung pang, minum air, isap rokok, bergambar, salam dengan suami orang dan beransur.
Kemudian kaki gua di panjangkan ke Salak Tinggi, juga untuk tujuan berjalan-jalan. Duduk sana ada la dekat 2 jam lebih. Isteri orang tak henti-henti duduk kat dapur. Tetamu plak tak henti-henti membantu memenuhkan tangki simpanan “indah water”.
Lepas di jamu makan dengan 3 kali refill mee goreng, tetamu pekena kopi o pulak sambil layan “ V3 samseng jalanan” sampai abis. Sebelum pulang ke pangkuan keluarga, kami try test tenaga dalaman dan juga kretiviti kami untuk memasukkan 2 biji kerusi makan dalam bonet kerete jenama Jepun.
Yaaa! Kami berjaya membawa pulang 2 biji kerusi makan kembali ke tempat asalnya kami ambil tadi. Gua juga belajar satu perkara baru dalam bidang vokasional yang lebih kearah bidang automotif iaitu membuka seat belakang.
Kehandalan dan kepayaan kami dalam bidang teknikal memang cekap. Kami berupaya membuka dan memasang kembali seat belakang dalam jangka masa pendek. Pendek kata, kami sedang menjalankan aktiviti senaman berpakej yang menggabungkan senaman minda dan fizikal.
Kami bergerak pulang ke rumah sekitar jam 4.00 petang. Dengan keadaan highway plus yang lancar dan kenderaan yang berdesup-desup. Kami selamat tiba di taman pada pukul 5 petang.
Ohh yaa! Pijut tak mengeluh pasal perut memulas nak muntah lagi semasa perjalanan balik.
1 comment:
tepek ler gambar bro..mn gambar masa kita kat PD
Post a Comment