Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raye aldiladha

Perhh…1st time ku beraya ke tempat orang tanpa keluarga ku…trasa sayu di hati…nak buat cam ner…paper final exam tak abes lagi…demm…
Tapi aku telajak juga nak sembahyang sunat raya…huhuhu..pagi raya aku duk metelaah study paper tuk esok…cool…
......
selamat hari raye aldiladha tuk semua

Tuesday, November 16, 2010

Kisah silam di Pangkin...ep 2

Salah seorang dari polis tu bertanye lagi, korang nih melepak-lepak, tuan rumah tak marah ker? Dengan selamba Lobo menjawab, abang 'Lawyer' nih tak marah pon. Polis tuh terdiam seketika, ditanye lagi, korang nih sume belajar maner? "saye belajar UITM kos 'Account'" jawab si Mizi, "kau belajar mane plak?" tanye abang polis pade Apek "saye Politeknik kos bisnes" jawab si Apek, "kau plak?" tanye abang polis pada aku yang berade paling hampir ngan abang polis yg bersenjata"saye UIA kos 'Engin'" tiba-tiba kedengaran "saye Politeknik kos biase" Lobo menjawab tanpe ditanye. Aku, Apek dan Mizi saling berpandangan, mata tertumpu pada si Lobo...kos biase?
Setelah segala keterangan diambil oleh abang polis, mereka masuk balik dalam kete polis dan membawa diri pergi ke tempat lain.
Aku, Apek, Lobo dan Mizi gelak bagai nak pecah perot, kalu lah abang polis tuh perasan, mane de kos biase kat politeknik. Hahah.

Friday, November 5, 2010

reda kemarahan

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal.

Thursday, November 4, 2010

Kebahagiaan, kekecewaan tidak dapat dipisah dalam hidup sejagat. Merasai kebahagiaan begitu indah dalam kehidupan seseorang...siapa yang tak nak bahgia dalam sesebuah perhubungan cinta…sesekali jugak ia di uji kekecewaan…lumrah kehidupan. Lidah lagi digigit ini kan pulak satu perhubungan cinta…kekecewaan ini seperti pre-matured, mengalaminya satu pengalaman mengajar erti kehidupan untuk membaiki satu perhubungan supaya ia akan menjadi baik atau sempurna bagi seseorang itu.

…..

Ya..aku pernah mengalaminya. Kebahagiaan, kesedihan, kekecewaan. Semuanya aku alami masa bercinta dulu.bercinta banyak mengajar aku erti pengorbanan…erti bersabar..biar pun ia sudah berlalu tapi ia bukan satu pengorbanan yang sia-sia..bagi aku ia sesuatu pengorbanan yang ikhlas…aku tahu walaupun ia sering kali mengundang kedukaan.kesakitan hati… Tuhan banyak memberi ujian pada aku…dan banyak juga memberi petunjuk… aku menerimanya dengan redha, dan banyak bertawakal..menempuh segala halangannya…biar pun sakit untuk menelannya…aku redha segalanya…aku buat yang semampu terdaya aku lakukan…mungkin ia bukan untuk aku…mungkin aku tak mampu beri kebahagiaan di hari akan datang…perpisahan ini banyak hikmahnya…dan dia sudah jumpai kebahagiaan yang aku tak mampu berikan…aku harap ia akan terus bahagia bersama cinta hatinya…. >_<

…….