Saturday, July 9, 2011

complaint #1

Okey! Dua tiga hari lepas gua dapat Satu surat komplen yang menerjah masuk peti surat elektronik gua. Dengan berbekalkan kesungguhan dan kefahaman internet yang tinggi, gua lampirkan surat itu di dalam blog ini.

Saya selalu menjadi silent reader di blog kamu. Walaupun isinya kosong dan bosan tapi saya tetap membukanya demi menghabiskan waktu lapang saya di rumah. Untuk pengetahuaan kamu semua, saya adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang tinggal di rumah teres. Sebaik menyediakan sarapan untuk suami, saya akan terus pegang vacuum untuk membuang habuk-habuk yang terkumpul selama seminggu dibawak karpet.
 Kemudian, saya akan terus mencuci pinggan mangkuk yang meninggi didalam sinki setelah saya dapati ketiadaan pinggan untuk digunakan pada sebelah tengah hari nanti. Takkan saya hendak gunakan daun pisang untuk menjamu suami saya. Ini bukan restoren daun pisang!
 Setelah siap membasuh, saya akan mula masak tengah hari. Selesai acara masak-memasak ala cart, saya akan mula membuka akaun facebook untuk melihat status-status terkini rakan FB saya. Setelah puas mereply , saya akan membuka blog kamu semua. 
 Kini sudah hampir 4 bulan ketiadaan update dari blog kamu yang menyebabkan saya sudah semakin hilang arah untuk membuang masa lapang saya yang sentiasa lapang. 
 Dahulu, saya suka meronda-ronda dengan motosikal jenama honda wave untuk mencari pasal di sekitar kediaman teres saya ini. Tapi mereka semua sudah dapat menghidu tektik dan teknik saya mencari pasal, sehingga saya bertindak mencari alternatif lain untuk membuang masa lapang dengan membaca blog kamu. 
Nampak gayanya, jika sudah tidak lagi aktif blog ini maka terpaksalah saya menjalankan semula aktiviti mencari pasal yang telah lama saya tinggalkan.
 sekian, 
Yang Benar.
Peronda Honda Wave 
Gua adalah terasa macam nak membalas email nih. Tapi gua belum ada kata-kata puitis untuk membalas email beliau. Gua harapkan beliau sanggup bersabar dan tinggalkan aktiviti cari pasal beliau. Gua harap surat komplen ini menjadi iktibar buat semua. Harap update-updatelah selalu untuk kakak ni membuang masa lapang.

Gua harap kakak peronda honda wave dapat bersabar. Nanti ada masa gua balas email kakak. Gua juga berharap kakak jangan panjangkan surat elektronik kakak ni pada "Che Kam" .

Wassalam!