Tuesday, November 20, 2012

STIFORP = PROFITS

Hi everyone!

Welcome to my blogspot page!

I would like to introduce to all of you the new type of internet business. It is quite new and expandable. Just click to the below link and you can fill up your identification and e-mail for a free registration.

http://mybasimwallet.STIFORPTour.com

If you have any queries regarding this STIFORP, you can e-mail me at basim.m.kamal@gmail.com. I can brief as much as I can. Thanks guys.

STIFORP

Salam semua,

Baru-baru ini saya ada terdengar sesuatu yang agak menarik dan boleh saya kongsikan bersama. Ia adalah STIFORP, satu sistem yang agak lain dari yang lain. Jika anda berkesempatan, silalah daftarkan nama dan e-mail anda di link bawah ini,

http://mybasimwallet.STIFORPMY.com

Saya akan memberitahu anda serba sedikit mengenai STIFORP ini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut. Sahabat saya Hafiz Taib dan Ustat (Tok Moh Hijau) sudah mengetahui hal ini dan sudah pun mendaftar. Apa kata gunakan masa anda yang tak mengambil masa lebih dari 10 minit pon dengan mengisi pengenalan diri anda dan e-mail anda di link tersebut.

STIFORP = PROFITS

Terima kasih...

Sunday, February 12, 2012

Barclays Premier League (11 Feb 2012)



Liverpool tewas kepada Manchester United 2-1, 2 gol daripada Rooney dibalas satu gol daripada Luis Suarez. Dah nak kalah, ape boleh buat, layankan aje lah.




Arsenal menang dalam perlawanan menentang Sunderland. 2 gol Arsenal dijaringkan oleh Ramsey dan Henry.




Chelsea tewas di tangan Everton di tempat lawan2-0. 2 gol jaringan Pienaar dan Stacqualursi.

Friday, January 6, 2012

kritik #1

Nie apa nih, Sekejap update sekejap tidak. Hangat-hangat taik ayam jerr lebih nih. Aku tutup blog nih kang! ha...ha..ha...!

BBQ jom....

Thursday, September 22, 2011

Lagi cerite keluar dari kepompong

Salam kawan-kawan,

Hari nih aku telah mengalami keadaan yang menyedihkan di mana motor aku bleh plak rantai tercabut dari spoket. Naseb baek si Lobo lalu di tempat kejadian dan memberi aku sedikit bantuan dengan menolak motor aku sampai ke kedai motor dan bawak aku pegi kilang. Aku sungguh terharu kerane ade kawan yang membantu aku di saat aku dalam kesusahan.

Tapi bukan hal hari nih yang aku aku nak ceritakan dalam cerite kali nih. Aku nak becerite mengenai kawan-kawan aku di ofis, yang penah same-same menempuh zaman sukar keje di CTRM dulu. Kawan-kawan yang aku maksudkan adalah Zahir dan Nasir. Mereka dah bekerja lebih dari 3 tahun di CTRM nih. Nasir bekerja kat 'company' oil & gas kat PJ. Zahir pon dah keje kat kilang Denso. Sume telah melangkah ke dunia yang baru yang pada aku mungkin suasana dan situasi kerjanya mungkin lebih baik dari CTRM. Yang terbaru, abang Hafiz pon akan ikut jejak langkah diorang tapi abang Hafiz akan berhijrah ke luar negara.

Aku penah terfikir nak berhijrah ke tempat baru gak, tapi mungkin aku belum bersedia lagi kerana aku masih lagi ingin bekerja lagi di sini. Aku juge penah terfikir, apakah perasaan bekerja di tempat baru, adakah lebih seronok? adakah aku mampu membiasakan diri dengan tempat baru? adakah aku mampu berhubungan baek dengan rakan-rakan baru? Sume jawapan akan terbongkar bile aku tukar keje nanti. Adios...

Wednesday, September 21, 2011

Komik

Salam kawan-kawan.

Hari nih nak citer hal lame, zaman kite kanak-kanak lagi. Ingat tak dulu kite sume hantu komik dan majalah-majalah lawak? Baru-baru nih aku tetibe teringin sangat nak baca komik Raja Rimba dan Alam Perwira. Tetibe terlintas di akal fikiranku ini, mungkin ade komik-komik nih kat dalam internet. Jadi aku pon mencarilah dalam internet dan terjupe ade blog yang upload komik-komik ni yang di 'scan' terlebih dahulu. Maka bermulalah aktiviti memuat turun komik-komik Raja Rimba.

Aku teringat lagi zaman sekolah rendah dahulu, Raja Rimba nih komik yang dikumpul oleh Apis Taib, memang penggila komik gak die nih. Aku kumpul Alam Perwira dan Juara Wira kot, dah tak ingat sangat. Kalu berjupe kawan-kawan musti becerite pasal komik, siap masing-masing ade hikmat tersendiri, aku ingat lagi aku suke tendangan tanpa bayang Waja Timur dalm Raja Rimba. Naseb baek aku tak tendang kawan-kawan lain ngan hikmat tu, hahaha. Ade sorang kawan aku mase tu cukup suke hikmat tumbukan penghancur jantung oleh Dragon Long dalam Jejak Wira. Ade sekali aku tepuk belakang die die tumbuk aku ngan hikmat tuh. Pergh mak aih, sakit nak mampos rasenye. Kalu aku ade hikmat perisai loceng emas oleh Dragon Long bagus la gak, nih dah la badan macam Pelawak Tulang, kurus kene tumbuk lak tuh. Kalu tido kadang-kadang boleh termimpi jadi aktor komik plak, aku penah mimpi jadi Penyelamat Dunia dati komik Juara Wira, hahaha, lawak-lawak!

Aku akan cube kumpul balik sume komik-komik yang aku bleh dapat dari internet, aku akan wat koleksi supaya bleh bace bile-bile mase boring.

Nanti aku cite lagi di episod lain, kalu ade sesape nak tambah cite aku nih silakan, tapi setiap penambahan silalah letak episod yang berlainan, macam aku nih episod satu, korang amek lah episod dua dan seterusnye supaya kite bleh memanjangkan topik nih.

Adios...

Saturday, July 9, 2011

complaint #1

Okey! Dua tiga hari lepas gua dapat Satu surat komplen yang menerjah masuk peti surat elektronik gua. Dengan berbekalkan kesungguhan dan kefahaman internet yang tinggi, gua lampirkan surat itu di dalam blog ini.

Saya selalu menjadi silent reader di blog kamu. Walaupun isinya kosong dan bosan tapi saya tetap membukanya demi menghabiskan waktu lapang saya di rumah. Untuk pengetahuaan kamu semua, saya adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang tinggal di rumah teres. Sebaik menyediakan sarapan untuk suami, saya akan terus pegang vacuum untuk membuang habuk-habuk yang terkumpul selama seminggu dibawak karpet.
 Kemudian, saya akan terus mencuci pinggan mangkuk yang meninggi didalam sinki setelah saya dapati ketiadaan pinggan untuk digunakan pada sebelah tengah hari nanti. Takkan saya hendak gunakan daun pisang untuk menjamu suami saya. Ini bukan restoren daun pisang!
 Setelah siap membasuh, saya akan mula masak tengah hari. Selesai acara masak-memasak ala cart, saya akan mula membuka akaun facebook untuk melihat status-status terkini rakan FB saya. Setelah puas mereply , saya akan membuka blog kamu semua. 
 Kini sudah hampir 4 bulan ketiadaan update dari blog kamu yang menyebabkan saya sudah semakin hilang arah untuk membuang masa lapang saya yang sentiasa lapang. 
 Dahulu, saya suka meronda-ronda dengan motosikal jenama honda wave untuk mencari pasal di sekitar kediaman teres saya ini. Tapi mereka semua sudah dapat menghidu tektik dan teknik saya mencari pasal, sehingga saya bertindak mencari alternatif lain untuk membuang masa lapang dengan membaca blog kamu. 
Nampak gayanya, jika sudah tidak lagi aktif blog ini maka terpaksalah saya menjalankan semula aktiviti mencari pasal yang telah lama saya tinggalkan.
 sekian, 
Yang Benar.
Peronda Honda Wave 
Gua adalah terasa macam nak membalas email nih. Tapi gua belum ada kata-kata puitis untuk membalas email beliau. Gua harapkan beliau sanggup bersabar dan tinggalkan aktiviti cari pasal beliau. Gua harap surat komplen ini menjadi iktibar buat semua. Harap update-updatelah selalu untuk kakak ni membuang masa lapang.

Gua harap kakak peronda honda wave dapat bersabar. Nanti ada masa gua balas email kakak. Gua juga berharap kakak jangan panjangkan surat elektronik kakak ni pada "Che Kam" .

Wassalam!