Aku cukup pelik dengan sikap manusia sekarang. Kenapa perlu suka jaga tepi kain orang? Kenapa perlu ada-ada kan cerita yang tak pernah ada atau pun suka menyebarkan cerita-cerita yang berunsur fitnah?best ke kalau dapat buat macam tu?kalau best, kenapa hukum orang yang suka tabur fitnah ialah neraka? Dia orang semua tak takut ke? Terer betul manusia jenis macam ni..
zzzaasss!!!
zzzaaasss!!!
zzzaaasss!!!
Round kedua aku kena sebat dengan ketua warden asrama aku. Sakit yang first round pun belum habis lagi, nama dah naik lagi untuk kali ke dua.. Memang tak guna punya bangkai!!! Pengawas kat sekolah ni sume kaki bodek.sampai member sendiri pun tak boleh kautim. Tapi memang tak sia-sia aku fly malam tu. Dapat usha seorang awek di medan selera. Dapat la jugak nombor telefon. Badan memang best. Cutting model!!
Balik malam tu aku memang tak boleh tidur. Asyik terbayang bayang je muka awek tu. Member member aku yang sama sama ikut fly pun tak dapat tidur jugak malam tu sebab semua satu badan gatal gatal akibat tersalah jalan meredah lalang lalang setinggi 2 meter.. Semua berpunca dari Aidil, yang terlalu takutkan cerita tentang babi hutan yang selalu kejar orang tu. Si Kojek pula sama dua kali lima ikut si Aidil. Padahal selalunya dia la yang paling berani.. Tiada perasaan. Tapi entah macam mana dia boleh setuju ikut Aidil pada malam tu. Menyumpah Kojek bila sampai di asrama sebab ikut idea bodoh Aidil meredah lalang tadi..
Malam tu kita orang semua tak dapat tidur sebab melayan imaginasi masing masing...
Kringggggg!!!!!
Dah waktu rehat. Kelas tadi memang langsung tak boleh masuk dalam kepala otak aku. Ntah macam mana la Cikgu Gan ni boleh diiktiraf sebagai guru. Dia mengajar depan kelas,ala ala syok sendiri, di tambah pula dengan pelat cina dia, satu haram aku tak faham. Aku perhatikan ada dua kepala sahaja yang berdiri teguh di tengkuk masing masing. Yang lain masing masing sudah melayari bahtera. Saiful sebagai ketua kelas dan juga merangkap penolong pengawas siap meleleh lahar lahar basi di atas tangan yang di alaskankan seperti bantal. Sekali sekala dia bangun untuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh Cikgu Gan sambil mengesat bekas lahar basi di sisi seluar hijau beliau. Tapi setiap kali itu juga aku tengok dia sambung semula mimpi dia tadi.
" Mengigau lagi si Saiful ni. Macam mana la kau boleh terpilih jadi ketua kelas. Penolong pengawas sekolah pulak tu".
Sambil aku tersenyum..
Aku,Kojek,Aidil pergi ke belakang blok asrama waktu rehat tu. Sedang semua pelajar berpusu pusu beratur di kantin untuk mengisi perut masing masing, kami bertiga melepak belakang blok asrama perempuan sambil hisap rokok yang berjenama suria potong tiga..
"Bo, kau tak lapar ker?"
"Nak buat macam mana Dil, lapar memang lapar, tapi aku malas nak bersesak sesak kat kantin tu.. Nanti belum aku nak suap mee kat mulut loceng dah bunyi.. Buat sakit hati je.."
"Betul la Bo,kenapa la sekolah ni tak panjangkan masa waktu rehat. Bagi la masa dua jam ke,sempat la kita nak uruskan hal hal peribadi kita. Dah la dekat satu hari suntuk kita dalam kelas. Nanti bila kita asyik keluar pergi tandas ke, ape ke, kita di cop memulau pulak. Terganggu la kita nak tumpukan pada pelajaran kita nanti."
Ulas Kojek dengan bersungguh sungguh sambil mata tak lepas dari melihat keindahan objek objek yang tergantung di sana sini di asrama perempuan ni. Padahal dia yang selalu membuat onar dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar. Cikgu pun dah tak boleh buat apa dengan dengkuran Kojek yang ala ala bunyi kapal nak masuk dok..
No comments:
Post a Comment