Thursday, September 22, 2011

Lagi cerite keluar dari kepompong

Salam kawan-kawan,

Hari nih aku telah mengalami keadaan yang menyedihkan di mana motor aku bleh plak rantai tercabut dari spoket. Naseb baek si Lobo lalu di tempat kejadian dan memberi aku sedikit bantuan dengan menolak motor aku sampai ke kedai motor dan bawak aku pegi kilang. Aku sungguh terharu kerane ade kawan yang membantu aku di saat aku dalam kesusahan.

Tapi bukan hal hari nih yang aku aku nak ceritakan dalam cerite kali nih. Aku nak becerite mengenai kawan-kawan aku di ofis, yang penah same-same menempuh zaman sukar keje di CTRM dulu. Kawan-kawan yang aku maksudkan adalah Zahir dan Nasir. Mereka dah bekerja lebih dari 3 tahun di CTRM nih. Nasir bekerja kat 'company' oil & gas kat PJ. Zahir pon dah keje kat kilang Denso. Sume telah melangkah ke dunia yang baru yang pada aku mungkin suasana dan situasi kerjanya mungkin lebih baik dari CTRM. Yang terbaru, abang Hafiz pon akan ikut jejak langkah diorang tapi abang Hafiz akan berhijrah ke luar negara.

Aku penah terfikir nak berhijrah ke tempat baru gak, tapi mungkin aku belum bersedia lagi kerana aku masih lagi ingin bekerja lagi di sini. Aku juge penah terfikir, apakah perasaan bekerja di tempat baru, adakah lebih seronok? adakah aku mampu membiasakan diri dengan tempat baru? adakah aku mampu berhubungan baek dengan rakan-rakan baru? Sume jawapan akan terbongkar bile aku tukar keje nanti. Adios...

Wednesday, September 21, 2011

Komik

Salam kawan-kawan.

Hari nih nak citer hal lame, zaman kite kanak-kanak lagi. Ingat tak dulu kite sume hantu komik dan majalah-majalah lawak? Baru-baru nih aku tetibe teringin sangat nak baca komik Raja Rimba dan Alam Perwira. Tetibe terlintas di akal fikiranku ini, mungkin ade komik-komik nih kat dalam internet. Jadi aku pon mencarilah dalam internet dan terjupe ade blog yang upload komik-komik ni yang di 'scan' terlebih dahulu. Maka bermulalah aktiviti memuat turun komik-komik Raja Rimba.

Aku teringat lagi zaman sekolah rendah dahulu, Raja Rimba nih komik yang dikumpul oleh Apis Taib, memang penggila komik gak die nih. Aku kumpul Alam Perwira dan Juara Wira kot, dah tak ingat sangat. Kalu berjupe kawan-kawan musti becerite pasal komik, siap masing-masing ade hikmat tersendiri, aku ingat lagi aku suke tendangan tanpa bayang Waja Timur dalm Raja Rimba. Naseb baek aku tak tendang kawan-kawan lain ngan hikmat tu, hahaha. Ade sorang kawan aku mase tu cukup suke hikmat tumbukan penghancur jantung oleh Dragon Long dalam Jejak Wira. Ade sekali aku tepuk belakang die die tumbuk aku ngan hikmat tuh. Pergh mak aih, sakit nak mampos rasenye. Kalu aku ade hikmat perisai loceng emas oleh Dragon Long bagus la gak, nih dah la badan macam Pelawak Tulang, kurus kene tumbuk lak tuh. Kalu tido kadang-kadang boleh termimpi jadi aktor komik plak, aku penah mimpi jadi Penyelamat Dunia dati komik Juara Wira, hahaha, lawak-lawak!

Aku akan cube kumpul balik sume komik-komik yang aku bleh dapat dari internet, aku akan wat koleksi supaya bleh bace bile-bile mase boring.

Nanti aku cite lagi di episod lain, kalu ade sesape nak tambah cite aku nih silakan, tapi setiap penambahan silalah letak episod yang berlainan, macam aku nih episod satu, korang amek lah episod dua dan seterusnye supaya kite bleh memanjangkan topik nih.

Adios...

Saturday, July 9, 2011

complaint #1

Okey! Dua tiga hari lepas gua dapat Satu surat komplen yang menerjah masuk peti surat elektronik gua. Dengan berbekalkan kesungguhan dan kefahaman internet yang tinggi, gua lampirkan surat itu di dalam blog ini.

Saya selalu menjadi silent reader di blog kamu. Walaupun isinya kosong dan bosan tapi saya tetap membukanya demi menghabiskan waktu lapang saya di rumah. Untuk pengetahuaan kamu semua, saya adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang tinggal di rumah teres. Sebaik menyediakan sarapan untuk suami, saya akan terus pegang vacuum untuk membuang habuk-habuk yang terkumpul selama seminggu dibawak karpet.
 Kemudian, saya akan terus mencuci pinggan mangkuk yang meninggi didalam sinki setelah saya dapati ketiadaan pinggan untuk digunakan pada sebelah tengah hari nanti. Takkan saya hendak gunakan daun pisang untuk menjamu suami saya. Ini bukan restoren daun pisang!
 Setelah siap membasuh, saya akan mula masak tengah hari. Selesai acara masak-memasak ala cart, saya akan mula membuka akaun facebook untuk melihat status-status terkini rakan FB saya. Setelah puas mereply , saya akan membuka blog kamu semua. 
 Kini sudah hampir 4 bulan ketiadaan update dari blog kamu yang menyebabkan saya sudah semakin hilang arah untuk membuang masa lapang saya yang sentiasa lapang. 
 Dahulu, saya suka meronda-ronda dengan motosikal jenama honda wave untuk mencari pasal di sekitar kediaman teres saya ini. Tapi mereka semua sudah dapat menghidu tektik dan teknik saya mencari pasal, sehingga saya bertindak mencari alternatif lain untuk membuang masa lapang dengan membaca blog kamu. 
Nampak gayanya, jika sudah tidak lagi aktif blog ini maka terpaksalah saya menjalankan semula aktiviti mencari pasal yang telah lama saya tinggalkan.
 sekian, 
Yang Benar.
Peronda Honda Wave 
Gua adalah terasa macam nak membalas email nih. Tapi gua belum ada kata-kata puitis untuk membalas email beliau. Gua harapkan beliau sanggup bersabar dan tinggalkan aktiviti cari pasal beliau. Gua harap surat komplen ini menjadi iktibar buat semua. Harap update-updatelah selalu untuk kakak ni membuang masa lapang.

Gua harap kakak peronda honda wave dapat bersabar. Nanti ada masa gua balas email kakak. Gua juga berharap kakak jangan panjangkan surat elektronik kakak ni pada "Che Kam" .

Wassalam!

Friday, February 25, 2011

Keluar dari kepompong...

Hari ni 25 February 2011, seorang rakan kerja aku telah menamatkan perkhidmatannye di CTRM Aero Composites. Selepas nih die akan kerja kat KL.


Abu, lelaki berusia 27 tahun pada tahun nih berasal dari KL telah berkhidmat selame 3 tahun memilih untuk keluar dari kepompong CTRM tuk menyahut cabaran baru yang lebih mencabar di tempat lain. Abu, Nasir and aku memang berkawan baik kat opis nih, kalu nak mengenakan orang memang keje kitorang. Hari-hari yang berlalu, kitorang memang sentiasa ceria dengan gelak ketawe and kene mengenakan si Ana, rakan sejawat yang lain yang juga mangsa pada setiap kali idea jahat kitorang. Hari nih, seorang rakan da ciaw, aku masih ade Nasir tuk mengenakan orang and bergelak ketawa, tapi kalu si Nasir nih pon blah gak, nampak gaye aku mati kutu la...hahah... Bile plak tibe giliran aku tuk ciaw dari CTRM nih? Hanya Allah yang maha mengetahui...

Adios....

Thursday, February 24, 2011

Kawen Bali...

Bali, name yang tidak asing lagi dalam kancah dunia yang serba moden ni. Berasal dari Melake, menetap kat area Seri Tanjung, lelaki berbadan sasa, berkulit putih, tinggi sket dari aku dan semestinye ensem tapi aku lagi ensem. Berumur 28 tahun pada tahun nih dan bekerja di RTM.

Bali merupakan salah seorang daripada golongan lelaki melayu terakhir yang telah menamatkan zaman bujangnye dengan mengahwini perempuan melayu terakhir setelah bercinta sekian lame.

Kawan-kawan seangkatan seperti Umai, Adi, Matnor, Lobo, Pijot and aku telah menghadirkan diri tuk meraikan majlis persandingan Bali di rumahnye di Seri Tanjung. Pade mulenye agak kelakar juga bile ternampak Bali berpakaian pengantin kaler pink, hahahaha, muke ganas pakai pink, tapi bile diperhati betol-betol, rupenye tersangatlah kena baju tu ngan die, sebab dua-dua putih. Pandai ko pilih kaler ye Bali. Tapi aku takleh blah ngan ade satu mamat poyo nih, ngan muke serabai, pakaian tak semenggah, kalu dapat aku sepak memang best sangat-sangat, sebab dalam suasane yang panas bermacam-macam perasaan tak dapat digambarkan bile tengok mamat tu.

Walaupon agak tak senonoh perangai si Lobo nih menjelirkan lidah, tapi takper, aku tak kesah sangat, yang aku kesah, nape aku bleh lupe amek gambar aku sendiri sebagai bukti aku di tempat kejadian. Sengal tol la. Lobo, Mattsen, Sharul, Bali, Apis Taib dah lepas zaman bujang, tinggal aku, Matnor, Umai, Adi, Pijot, Madi, Tok Moh, Soff and beberape ketul lagi yg maseh bujang. Sapekah yang akan memfolow jejak langkah mereka yang da berkahwin selepas nih? Aku kah? Mereka kah? Jawapan yang belum pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Adios...

Wednesday, February 23, 2011

2011 JAMMING

Baru-baru nih si Madi ajak aku jamming, Aus lead, aku rythm, matnor hendrik bass, madi drum, vokalis maybe tok moh, besau and beberape lagi. Aku dah lame tak jamm, rase berkobar-kobar nk jamming nih.

Aku teringat zaman-zaman kat UIA dulu, banyak kali gak gi jamming, lagu favorite macam bese, Butterfingers, Guns & Roses, Nirvana pon aku layan, tak pandai main takper, yang penting musti ade bunyi and boley menyanyi. Time practice musti aku main rythm tapi bile da sampai kt studio jamm musti aku kene main bass...tensi gak kadang-kadang. Tapi takper, yang penting jamm. Lagu yg paling aku suke main, Sweet Child of Mine from Guns & Roses. Aku suke lagu nih sebab goreng die yang agak syok didengar. Lagu Girl Friday from Butterfingers adelah lagu paling favorite bawak gi jamming, sebab kod paling senang and ade orang boley goreng lagu tuh. Pada aku, yang penting jamming musti ade bunyi, lagu sumbang sket takper, jangan sumbang sangat. Rakan-rakan jamming time kat UIA, Matyeh, Iran, Nikmat and ramai lagi. Tok guru aku kat uia, Butcher, Matyeh, Iran, Badek...sume power-power, aku je yang agak terkebelakang, bese lah, kate noob.

Tuk guru aku, Aus, yang dah lame menyepikan diri kini da kembali menunjukkan muke. Aus nih pandai main gitau, tp main lagu melayu jek. Si Madi plak kaki jamm lagu Inggeris. So nanti jamm kene la main dua-dua version. Tapi takper, yang penting kiter jamming, sebab aku suke jamming...takda hal lah main lagu aper-aper sekalipun.

Matnor Henrik, ko da redy lum nak jamming? Bile kiter nak trening nih? Tok Moh da tak sabar nak nyanyi dah tu...

Friday, February 11, 2011

nafsu

Cerita bab nafsu memang tak pernah nak habis. Manusia nih macam-macam jenis nafsu ada. Tapi dalam banyak-banyak nafsu yang ada gua nak sentuh sikit perihal nafsu menulis blog. Mana tahu bab nafsu nih boleh di bawa ke tengah dalam khutbah Jumaat minggu depan.

Gua tengok blog yang gua wujudkan ni, sudah dalam keadaan yang sesepi malam di tepian kuburan. Masa mula-mula kemain rancak menulis blog. Tapi kini........

Gua malas nak type panjang-panjang. Ni kalau Che Kam tengok ini blog, boleh jadi isu dalam mesyuarat persatuan penduduk nanti tau tak!

Sila ambik tindakan sebelum Che Kam jumpa!

Sunday, January 9, 2011

selamat tahun baru 2011

Ehem..selamat tahun baru 2011…ape azam korang kutu sekalian? Semoga terlaksana mahunya..azam aku..urmmm…aku takde azam tahun nie Cuma aku akan muhasabah diri aku, supaya sentiasa beringat,..10 hb 1 2011 bemulanya study aku..dem result agak kecundang semester lepas..semoga aku akan kuatkan usaha lagi untuk semerter baru ini…

….

Tibe-tibe hati aku berbunga lagi bila dapat satu pesanan ringkas dari nombor rangkaian celcome. the Whole day aku bebalas mesej dengan pakej 15Xpax aku telah bejaya mengaktif nombor rangkaian celcome dengan kadar 1 sen permasej dan panggilan 10cen perminit..tapi aku Cuma dapat 15minit saja dapat menaliponnya kerana kredit aku cume tinggal Rm 2.10..okay lah tu…

….

Pada hari ini aku rase bersemangat sebab minggu depan aku akan dapat sejenis kemera lama tapi baru…lama aku menunggu..akhirnya ia akan sampai tak lama lagi..alhamdullilah..