Wednesday, October 13, 2010

cemburu

Pada waktu lunch yang sesuam tea ‘o’, seperti biasa selepas memenuhi nafsu perut aku, settle menjalankan ibadah solat zohor. Sharp pukul 1.60 minit, aku ‘runner’ ke kebun menjenguk pokok jagung aku supaya selamat tidak di ragut dengan rakus oleh lembu mat shah tak pon lembu bulan yang sering keluar masuk kat kebun aku walaupun aku dah pagarkan sekeliling kebun dengan secara reality mahu pun secara batin, tapi sering juga menyerang pokok jagung aku…puas dah aku sebat lembu-lembu itu tapi masuk juga…lepas nie aku nak sula tuan2 lembu nie…baru lah dorang ini reti bahasa sikit…

Lepas semua ‘line clear’ dari lembu-lembu peragus tapi ada juga sekeluarga lembu-lembu dok usha dari jauh…lantak lah, masuk je kebun aku buat aqiqah…

Next task, aku menapak ke kandang kambing nak membersihkan kandang dan melepas kambing yang tadi dok mengembek kelaparan…selepas menyapu kotoran-kotoran degil.. ‘mengvakum’ guli-guli hitam…sebelum aku lepaskan kambing-kambing aku pergi mengkedarah rumput…aku chek sekor per sekor mana lah tau kambing-kambing aku kene flu k…ade masalah peribadi k…ye lah kambing aku ini pon kadang boleh memberontak ketidak puashati…penah juga kambing-kambing aku nie memberontak..tapi aku dapat menanangi dengan bijaksana..

Tengah aku belek-belek kambing betina aku..namanya han…si awang kambing jantan..gelisah dengan usha-usha otai sambil menanduk pintu biliknya… “pe hal awang nie”, getus hati aku…aku pon behenti belek han..senyap pulak si awang nie..aku usap lagi han…awang se akan mengamuk di biliknya..ermmm…. “cemburu juga kambing aku” detik hati ku bekata…lepas itu aku hambat kambing-kambing aku nyah dari kandang…bertaburan keluar kambing-kambing aku memburu kesedapan rumput-rumput menghijau…tapi walaupun bertaburan keluar kambing-kambing aku agak berdisplin membuat que yang mana kelabu otai antara kambing-kambing aku berada di hadapan…yang mana si awang nie sebuk memberi nafkah batin kepada si han…

Ermm…lantak lah korang, janji jangan masuk kebun orang dan membuat onar kat pokok jagung aku sudah…kambing pun boleh cemburu…

***

No comments: