Thursday, October 14, 2010

Aku cukup pelik dengan sikap manusia sekarang. Kenapa perlu suka jaga tepi kain orang? Kenapa perlu ada-ada kan cerita yang tak pernah ada atau pun suka menyebarkan cerita-cerita yang berunsur fitnah?best ke kalau dapat buat macam tu?kalau best, kenapa hukum orang yang suka tabur fitnah ialah neraka? Dia orang semua tak takut ke? Terer betul manusia jenis macam ni..


zzzaasss!!!

zzzaaasss!!!

zzzaaasss!!!

Round kedua aku kena sebat dengan ketua warden asrama aku. Sakit yang first round pun belum habis lagi, nama dah naik lagi untuk kali ke dua.. Memang tak guna punya bangkai!!! Pengawas kat sekolah ni sume kaki bodek.sampai member sendiri pun tak boleh kautim. Tapi memang tak sia-sia aku fly malam tu. Dapat usha seorang awek di medan selera. Dapat la jugak nombor telefon. Badan memang best. Cutting model!!


Balik malam tu aku memang tak boleh tidur. Asyik terbayang bayang je muka awek tu. Member member aku yang sama sama ikut fly pun tak dapat tidur jugak malam tu sebab semua satu badan gatal gatal akibat tersalah jalan meredah lalang lalang setinggi 2 meter.. Semua berpunca dari Aidil, yang terlalu takutkan cerita tentang babi hutan yang selalu kejar orang tu. Si Kojek pula sama dua kali lima ikut si Aidil. Padahal selalunya dia la yang paling berani.. Tiada perasaan. Tapi entah macam mana dia boleh setuju ikut Aidil pada malam tu. Menyumpah Kojek bila sampai di asrama sebab ikut idea bodoh Aidil meredah lalang tadi..


Malam tu kita orang semua tak dapat tidur sebab melayan imaginasi masing masing...


Kringggggg!!!!!

Dah waktu rehat. Kelas tadi memang langsung tak boleh masuk dalam kepala otak aku. Ntah macam mana la Cikgu Gan ni boleh diiktiraf sebagai guru. Dia mengajar depan kelas,ala ala syok sendiri, di tambah pula dengan pelat cina dia, satu haram aku tak faham. Aku perhatikan ada dua kepala sahaja yang berdiri teguh di tengkuk masing masing. Yang lain masing masing sudah melayari bahtera. Saiful sebagai ketua kelas dan juga merangkap penolong pengawas siap meleleh lahar lahar basi di atas tangan yang di alaskankan seperti bantal. Sekali sekala dia bangun untuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh Cikgu Gan sambil mengesat bekas lahar basi di sisi seluar hijau beliau. Tapi setiap kali itu juga aku tengok dia sambung semula mimpi dia tadi.

" Mengigau lagi si Saiful ni. Macam mana la kau boleh terpilih jadi ketua kelas. Penolong pengawas sekolah pulak tu".

Sambil aku tersenyum..


Aku,Kojek,Aidil pergi ke belakang blok asrama waktu rehat tu. Sedang semua pelajar berpusu pusu beratur di kantin untuk mengisi perut masing masing, kami bertiga melepak belakang blok asrama perempuan sambil hisap rokok yang berjenama suria potong tiga..

"Bo, kau tak lapar ker?"

"Nak buat macam mana Dil, lapar memang lapar, tapi aku malas nak bersesak sesak kat kantin tu.. Nanti belum aku nak suap mee kat mulut loceng dah bunyi.. Buat sakit hati je.."

"Betul la Bo,kenapa la sekolah ni tak panjangkan masa waktu rehat. Bagi la masa dua jam ke,sempat la kita nak uruskan hal hal peribadi kita. Dah la dekat satu hari suntuk kita dalam kelas. Nanti bila kita asyik keluar pergi tandas ke, ape ke, kita di cop memulau pulak. Terganggu la kita nak tumpukan pada pelajaran kita nanti."

Ulas Kojek dengan bersungguh sungguh sambil mata tak lepas dari melihat keindahan objek objek yang tergantung di sana sini di asrama perempuan ni. Padahal dia yang selalu membuat onar dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar. Cikgu pun dah tak boleh buat apa dengan dengkuran Kojek yang ala ala bunyi kapal nak masuk dok..

Wednesday, October 13, 2010

cemburu

Pada waktu lunch yang sesuam tea ‘o’, seperti biasa selepas memenuhi nafsu perut aku, settle menjalankan ibadah solat zohor. Sharp pukul 1.60 minit, aku ‘runner’ ke kebun menjenguk pokok jagung aku supaya selamat tidak di ragut dengan rakus oleh lembu mat shah tak pon lembu bulan yang sering keluar masuk kat kebun aku walaupun aku dah pagarkan sekeliling kebun dengan secara reality mahu pun secara batin, tapi sering juga menyerang pokok jagung aku…puas dah aku sebat lembu-lembu itu tapi masuk juga…lepas nie aku nak sula tuan2 lembu nie…baru lah dorang ini reti bahasa sikit…

Lepas semua ‘line clear’ dari lembu-lembu peragus tapi ada juga sekeluarga lembu-lembu dok usha dari jauh…lantak lah, masuk je kebun aku buat aqiqah…

Next task, aku menapak ke kandang kambing nak membersihkan kandang dan melepas kambing yang tadi dok mengembek kelaparan…selepas menyapu kotoran-kotoran degil.. ‘mengvakum’ guli-guli hitam…sebelum aku lepaskan kambing-kambing aku pergi mengkedarah rumput…aku chek sekor per sekor mana lah tau kambing-kambing aku kene flu k…ade masalah peribadi k…ye lah kambing aku ini pon kadang boleh memberontak ketidak puashati…penah juga kambing-kambing aku nie memberontak..tapi aku dapat menanangi dengan bijaksana..

Tengah aku belek-belek kambing betina aku..namanya han…si awang kambing jantan..gelisah dengan usha-usha otai sambil menanduk pintu biliknya… “pe hal awang nie”, getus hati aku…aku pon behenti belek han..senyap pulak si awang nie..aku usap lagi han…awang se akan mengamuk di biliknya..ermmm…. “cemburu juga kambing aku” detik hati ku bekata…lepas itu aku hambat kambing-kambing aku nyah dari kandang…bertaburan keluar kambing-kambing aku memburu kesedapan rumput-rumput menghijau…tapi walaupun bertaburan keluar kambing-kambing aku agak berdisplin membuat que yang mana kelabu otai antara kambing-kambing aku berada di hadapan…yang mana si awang nie sebuk memberi nafkah batin kepada si han…

Ermm…lantak lah korang, janji jangan masuk kebun orang dan membuat onar kat pokok jagung aku sudah…kambing pun boleh cemburu…

***

Wednesday, October 6, 2010

kepuasan + memori

Cis!! hari ni lewat sangat aku bangun..jam dah lentuk sampai ke angka 7 dan 3.. sepatutnya 5.15 pagi lagi aku dah bangun hisap rokok sambil menyangkung..

'Salam, bang tlg punchkan kad saya arini..motor saya rosak kat klebang ni..rantai putus..sepatutnya saya kena buka ofis pagi ni..tanks..

Messeges delivered...

Tapi aku memang letih sangat semalam..satu mimpi pun x singgah dalam lena aku malam tadi..selalu ada la juga aku jadi hero, kadang kadang leh terbang,kadang kadang aku makan.. tapi malam tadi memang aku lena diulit mimpi..mungkin sebab penat aku mengemas rumah sewa yang bakal aku menginap nanti..

Tangan pun masih sengal sengal akibat terjebak dan terpaksa jadi bidang terjun dalam profesion cat mengecat ni..susah jugak mengecat ni..ingatkan aku ambil m.c boleh la aku siapkan rumah ni..akibat nya baru cat satu dinding aku dah menggelupur sakit pinggang..pelik juga...aku tengok ayah aku mengecat rilek je..sekejap siap..aku memang respect la kat ayah aku..

Ingat lagi masa dulu aku sibuk nak tolong ayah aku pergi mengecat..tak pernah nye ayah aku benarkan aku tolong dia..alasan dia aku cat nanti tak kemas..sekarang baru aku tahu kenapa ayah aku tak bagi aku tolong dia..

Tapi bak kata orang aku ni seorang yang terer dalam bidang bidang D.I.Y ni..masuk dinding seterusnya aku dah mula dapat rentak..aku pun jadi ketagih nak mengecat..sampai ke bilik pun aku cat sambil dengar lagu Alleycat..dan akhirnya aku puas dengan hasil aku..malam tu wife aku pulak jadi mangsa aku..tolong picit badan aku..

Selalu orang mesti anggap aku ni tak tau atau tak boleh buat kerja kerja berat..aku boleh buat, tapi sebab dah lama tak buat aku pun macam dah hilang skill..badan pun dah lama sangat dimanjakan dengan air cond, buat kerja berat sikit badan dah mula sakit sakit.

Hari sebelum nya aku ada job ambil gambar nikah di P.D.. bukan sesiapa pun,member satu taman juga..sampai je di rumah pengantin perempuan rombongan kami disambut baik oleh pihak perempuan..memang bagus keluarga pihak perempuan ni..di majlis ni aku dapat kenal dengan seorang fotografer dari seremban..dia memang official photografer untuk majlis ni..so aku pun minta kebenaran untuk shoot sama sama untuk acara akad nikah..brader ni memang sempoi..tak macam sesetengah fotografer,menyombong tak ingat..nak bertegur sesama sendiri pun payah..macam la bagus sangat.. tapi aku dapat memenuhi kepuasan dalam diri aku bila aku dapat memorikan hari hari indah dan bersejarah dalam hidup setiap klien yang pernah ambil aku untuk shoot gambar kahwin diorang..

Emmm...Matsen... first time aku ambil gambar wedding tanpa kehadiran sahabat aku sorang ni..selalu kalau dia ada, dia la banyak mencetus ilham dan pose pose yang cun..dia la juga yang menjadi side kick aku bila mana aku tak boleh nak cover angle yang memerlukan kepakaran seseorang untuk berguling guling, mencelah celah, menyelit nyelit dan sebagainya..Matsen la orang nye..yang penuh dengan komitmen bila kitaorang menjalankan tugas..

Dulu masa sekolah cikgu pernah tanya aku..

''Awak yang kat belakang tu, ape cita cita awak bila dah dewasa nanti?''

Aku dengan lagak seorang yang alim alim kucing pun menjawab..

''Saya nak jadi tukang ambil gambar orang cikgu...''

''Bagus kalau awak nak jadi seorang usahawan..''

Aku pun menjawab lagi..

''Saya nak jadi orang yang ambil ambil gambar orang tu cikgu,bukan jadi usahawan..''

''Kamu diam!! menjawab ye kamu''

Cikgu Patricia pun terus duduk sambil mengomel sendirian..

''Aik? tadi dia tanya aku.aku pun jawab ler..salah ke aku??''

Mungkin hari ni dia datang bulan kot.. sebab selalu pakai skirt pendek, hari ni pakai seluar panjang pula.. melepas lah aku dengan member member aku hari ni..

Pada pagi tu semasa kelas cikgu Patricia, kelas menjadi sunyi..tiada lagi kedengaran bunyi pensil atau pengorek pencil jatuh ke lantai...

Monday, October 4, 2010

laporan perjalanan hantar orang menikah

Ahad lepas gua ikut serta rombongan urusan orang bernikah kat Bagan Pinang, Port Dicksons. Bukan sapa-sapa pun, kawan baik geng-geng pangkin ni juga.

Lebih kepada nak berjalan sebenarnya. Secara sampingannya nak cuci mata usha makwe PD. Tapi makwe tak banyak pulak lalu lalang seperti majlis orang kahwin yang lain. Kekurangan makwe barang kali PD ni.

Lepas aktiviti makan, bergambar, isap rokok, pung pang pung pang, bergambar, minum air secawan, pung pang pung pang, bergambar, isap rokok, pung pang pung pang, minum air, isap rokok, bergambar, salam dengan suami orang dan beransur.

Kemudian kaki gua di panjangkan ke Salak Tinggi, juga untuk tujuan berjalan-jalan. Duduk sana ada la dekat 2 jam lebih. Isteri orang tak henti-henti duduk kat dapur. Tetamu plak tak henti-henti membantu memenuhkan tangki simpanan “indah water”.

Lepas di jamu makan dengan 3 kali refill mee goreng, tetamu pekena kopi o pulak sambil layan “ V3 samseng jalanan” sampai abis. Sebelum pulang ke pangkuan keluarga, kami try test tenaga dalaman dan juga kretiviti kami untuk memasukkan 2 biji kerusi makan dalam bonet kerete jenama Jepun.

Yaaa! Kami berjaya membawa pulang 2 biji kerusi makan kembali ke tempat asalnya kami ambil tadi. Gua juga belajar satu perkara baru dalam bidang vokasional yang lebih kearah bidang automotif iaitu membuka seat belakang.

Kehandalan dan kepayaan kami dalam bidang teknikal memang cekap. Kami berupaya membuka dan memasang kembali seat belakang dalam jangka masa pendek. Pendek kata, kami sedang menjalankan aktiviti senaman berpakej yang menggabungkan senaman minda dan fizikal.

Kami bergerak pulang ke rumah sekitar jam 4.00 petang. Dengan keadaan highway plus yang lancar dan kenderaan yang berdesup-desup. Kami selamat tiba di taman pada pukul 5 petang.

Ohh yaa! Pijut tak mengeluh pasal perut memulas nak muntah lagi semasa perjalanan balik.

kawin

beberapa hari lepas tok lepak ngan sorang kawan...da lame bebual haus pulak tekak ni...tok ajak kawan minum,sambung cite kt kedai...memandangkan kedai biasa yg tok lepak minum x bukak kerana hari jumaat secara wajibnya cuti umum untk kedai ni...

jadinya...tok pg lah minum kt kedai jauh skit...kedai makan ni special skit,ada western food..owner kedai ni trademark dia pakai topi koboi hari2...walaupun abg ni rupenye ala ala tamil superstar..
feel western tu ada dlm diri abg ni..

memandangkan masing2 x bwk helmet..jd tok ajak kawan lalu jln dlm..short cut terus sampai depan kedai..jalan ni sunyi skit..gelap..waktu siangnya banyk org bertani..kandang lembu adela 2,3 buah,diselubungi pokok getah dan ade tanah perkuburan lagi.....time malam tempat ni sunyi skit..almaklumlah gelap, kuranglah orang lalu lalang..

dlm perjalanan tu...tiba2 tok nampak ade lembaga gelap kt jalan..macam org gile kawan tok break emergancy..diamati betul2 rupe ular...nasib baik lah ular sawa...klu tedung sela td,tok da cabut dulu...besar juga ular ni...rasenye besar betis orang dewasa..ular tu nk melintas jalan..disebabkan kitaorang lalu time dia nk melintas,ular ni patah balik x jadi melintas walaupun hampir separuh badan di jalan..

tok pun cakap kt kawan...org tua2 kata..klu terserempak dgn ular melintas jalan tandanya da nk kawin..tp...ular ni patah balik pulak...agak2 mcm mn tu???

Friday, October 1, 2010

layanan perasaan

Seorang gadis berpakian sexy, berperfume menaikan syahwat, muka persis model Argentina dengan rambut panjang paras bahu berwarna perang menarik lengan gua ke suatu lorong. Gua kaget. Nafas gua turun naik, tak henti-henti. Gua hanya mengikut saja kemana arah yang di bawa oleh si gadis.

Ya! Gua yakin dia gadis kerana halkumnya tidak kelihatan sama sekali.

Kini gua tiba di sebuah bilik. Si gadis tersenyum manja. Gua control cool, walaupun dalam diri tak berapa nak cool.

Si gadis membuka tombol pintu perlahan-lahan. Dalam pikiran gua, mahu saja gua terjah pintu itu sambil merangkul si gadis masuk.

Si gadis melangkah masuk dan turus berdiri di hadapan Gua. Kemudian di hulurkan tangan seperti ingin menarik gua kedalam bersama. Ala-ala babak romantik lagaknya!

Gua menyambut tangannya. Lembut! Tetapi dia menolak tangan yang gua hulurkan. Dia sekali lagi menghulurkan tangan seperti tadi. Gua sambut. Dia tolak kemudian dia hulur balik. Dekat 5 minit juga la main tarik hulur tarik hulur sampai gua fed up.

“nie nak ajak masuk ke nak main pegang-pegan tangan je” tanya gua kebengangan

“takkan kosong je bang. Bayar la dulu!” jawab si gadis sambil tersenyum manja.

“berapa?” tanya gua kurang sabar

“RM 299.99 sen. 99 sen tu cukai perkhidmatan” jelas si gadis

Gua bukak wallet. Dalam wallet ada RM 100 jer. Memang tak cukup.

“abang ader RM 100 jerr ni dik, boleh?” sambil tunjuk duit dalam wallet gua

Si gadis terus menutup pintu dengan kasar.

“Gedenganggggggg!” bunyi pintu di tutup

Berdengung gegendang telinga gua. Secara tidak langsung gua terus memaki

“Fakingggggggg!!”

* * * *
Kemudian gua terus menumbuk-numbuk bantal atas katil. Gua rasa macam menyesal tak sudah pulak. Gua tetiba teringatkan sesuatu. Gua istighfar banyak-banyak kasi hati gua tenang. Gua gembira kerana tidak “kebasahan”

Macam-macam pesen setan ni nak kacau anak cucu adam!

1,10,2010

Ouuu…bulan October sudah tiba…banyak keje..banyak assignment kene buat…

‘Lepan’ paan bagus malam nie…