Thursday, September 22, 2011

Lagi cerite keluar dari kepompong

Salam kawan-kawan,

Hari nih aku telah mengalami keadaan yang menyedihkan di mana motor aku bleh plak rantai tercabut dari spoket. Naseb baek si Lobo lalu di tempat kejadian dan memberi aku sedikit bantuan dengan menolak motor aku sampai ke kedai motor dan bawak aku pegi kilang. Aku sungguh terharu kerane ade kawan yang membantu aku di saat aku dalam kesusahan.

Tapi bukan hal hari nih yang aku aku nak ceritakan dalam cerite kali nih. Aku nak becerite mengenai kawan-kawan aku di ofis, yang penah same-same menempuh zaman sukar keje di CTRM dulu. Kawan-kawan yang aku maksudkan adalah Zahir dan Nasir. Mereka dah bekerja lebih dari 3 tahun di CTRM nih. Nasir bekerja kat 'company' oil & gas kat PJ. Zahir pon dah keje kat kilang Denso. Sume telah melangkah ke dunia yang baru yang pada aku mungkin suasana dan situasi kerjanya mungkin lebih baik dari CTRM. Yang terbaru, abang Hafiz pon akan ikut jejak langkah diorang tapi abang Hafiz akan berhijrah ke luar negara.

Aku penah terfikir nak berhijrah ke tempat baru gak, tapi mungkin aku belum bersedia lagi kerana aku masih lagi ingin bekerja lagi di sini. Aku juge penah terfikir, apakah perasaan bekerja di tempat baru, adakah lebih seronok? adakah aku mampu membiasakan diri dengan tempat baru? adakah aku mampu berhubungan baek dengan rakan-rakan baru? Sume jawapan akan terbongkar bile aku tukar keje nanti. Adios...

No comments: