Wednesday, September 22, 2010

sebuah karya neo-romantik

Seketika tadi dia hilang dalam hidup gua. Itu pun setelah gua selesai mandi pagi dan bersarapan yang telah meniti waktu “lunch”. Ketiadaan dia tidak begitu merungsingkan gua. Tetapi kadang kala gua boleh rindu tanpa dia di sisi.

 Kenapa dia boleh pergi meninggalkan gua tanpa khabar berita. Oleh kerana kehilangan dia, gua masuk bilik senyap-senyap. Bukan menangis tapi log in apa yang patut untuk gua log in. Aplikasi internet ni memang banyak fungsinya. Brader najib pun setuju kalau gua ujarkan persoalan yang sama padanya.

 Makin lama gua di tinggalkan dia, makin rindu gua padanya. Gua sedar, dialah backup peneman gua di kala gua sunyi, sepi dan happy. Dengan semangat dan kekuatan yang ada, gua terus mencapai seluar panjang gua. Takkan gua nak keluar mencari dia pakai seluar kontot jer kot. Kurang rock di mata gua, apatah lagi di mata mak ayah gua!

Sesudah gua pastikan segala peralatan pencarian dan gajet-gajet penting untuk mencari dia. Gua terus menunggang kenderaan beroda dua kesayangan gua yang telah lama memberi khidmat tanpa menunjukkan perasaan kesal dengan gua.

 Agak jauh gua mencari dia. Terbayang-bayang di peti minda gua akan wajahnya. Keputihan kulitnya. Secantikan tubuhnya. Semuanya begitu mengetarkan jiwa lelaki yang memahami maksud dan makna keindahan si dia.

 Gua berhenti di sebuah rumah yang orang awam boleh sesuka hati keluar masuk tanpa ada pemeriksaan bersenjata. Gua lihat di dalam rumah itu penuh dengan pelbagai barangan yang best-best dan yang tak best. Tiba-tiba mata gua terpandang dia. Gua tersenyum keriangan. Gua mahu saja melonjak kegembiraan. Tetapi fikiran gua masih waras untuk membuat perkara yang merosakkan akhlak anak-anak kecil yang baru nak menaik dan kenal erti akhil baligh.

 Gua berjalan sedikit demi sedikit, setapak demi setapak. Gua keluarkan peralatan gua dari uncang kulit yang tersimpan rapi di poket belakang untuk mengambil dia. Dengan satu permintaan dan sedikit tenaga di keluarkan. gua telah mampu mendapatkan dia.

 Di luar rumah itu, gua keluarkan satu gajet penting dari poket sisi kanan seluar untuk memberikan bentuk wajah dirinya yang sebenar. Indah memang indah setelah bertemu dengannya sehingga tiada apa yang mampu di ucapkan.

 “enak, sedap dan stim apabila dia kini berada di bibir mulut gua. Tetapi gua sedar yang esok siangnya, dia akan pergi tinggalkan gua dan gua perlu mencari dia semula”

: : : : : :

: : : : :

: : : :

: : :

: :



No comments: